July 2012 ~ .: cATataN MemOri :.

Monday, July 30, 2012

.: Puisi - Bisikan Hati Ramadhan :.


Assalamu'alaikum w.b.t


Ramadhan Kareem utk semua pengunjung di sini khususnya, dan buat seluruh muslimin dan muslimat umumnya. Teruskan utk pose ye,,jgan ponteng2 tw! n jgn cbe utk 'menguruskan' pahala puasa anda yep :D pham kan?


Erm..sekadar nk imbas kenangan. Ini merupakan satu puisi yg pernah dipersembahkan sempena Majlis Penutup RIFQAH PASUM 2011(Program Ihya' Ramadhan) bersamaan Ramadhan 1432H. Sangat menarik gaya persembahan - yg penuh 'feeling' omputih ckp - drp 3 org (sorg stdnt APIDS & 2 org stdnt PASUM) - sayangnya xde video rakaman dye utk diletakkan di sini :( - lebih2 lg penghayatan dr isi pendeklamasian (betul ke perkataan nie?) puisi trsebut. 


Nota: Buat anda jua,,sila baca dengan nada puitis bersama mata hati.


*Err..tajuk sbenar dye xtw ler. so letak jelah tajuk nie..huhu


p/s: Tak lupa, sila 'play' utk yang ini,sebelum meneliti puisi di bawah ini(sbb pernah digunakan sbg 'music background' semasa pendeklamasian puisi):




Bisikan Diri Ramadhan

Ramadhan ini..
Yang datang menjengah kita kembali
Membawa seribu kesucian
Mengendong sejuta keberkatan
Yang pasti ia merupakan hadiah berharga dari Tuhan

Ramadhan ini...
Yang mengajak kita kembali
Mensucikan diri pada Ilahi
Mengabdikan roh hanya buat Sang Rabbi
Yang pasti keikhlasan dijiwai

Ramadhan ini...
Yang mendambakan kita kembali
Menjauhi dosa dan noda duniawi
Mendekati pahala dan ganjaran ukhrawi
Yang pasti taubat selalu diinsafi

Ramadhan ini...
Yang menjana kita kembali
Berbakti teguh pada si bumi
Bermaafan sesama manusiawi
Yang pasti Sang Tuhan itu ar-Rahimi

Ramadhan itu...
Yang mengajar kita kembali
Izzahnya pada ruhhi
Sucinya dalam hati
Berkatnya untuk diri

Dan Ramadhan itu...
Sempurna tarbiyahnya mendidik hati
Yang keras mencari lembut
Yang hitam merubah putih
Yang rosak membaik pulih

Hanya Ramadhan ini...
Tersimpan rahsia malam seribu bulan
Yang dirahmati Tuhan seluruh alam
Yang menjanjikan berlipat ganda amalan
Penantian yang penuh keimanan

Sesungguhnya Ramadhan ini...
Mungkin yang terakhir buat kita
Setiap amalan perlu kesungguhan
Setiap ibadah lahir ketaqwaan
Setiap ganjaran menjadi ransangan
Agar kejayaan menjadi milik kita sebagai insan


Ariff Firdaus & Rakan-rakan
25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432H
Dewan Gemilang Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (Kolej Ke-12)
Universiti Malaya Kuala Lumpur
READ MORE..
Lebih banyak lagi kenangan pada masa akan datang =)