Intro.;Sebelum Menulis ~ .: cATataN MemOri :.

Intro.;Sebelum Menulis


Cerita diri
Merintis hari demi hari.
Perjalanan ini takkan sunyi.
Namun jiwa dan raga masih lagi bangun berdiri.
Demi menuntut sebuah perjuangan yang tulus suci.


Alhamdulillah..

Pujian diaturkan hanya kepadaNya,kerana segala2nya adalah miliknya jua.



Erm..ikutkn plan nk 'bukak' dunia blogosfera nie bknnya suatu perkara yg baru muncul dlm benak.Sepeninggalan alam persekolahan sudahpun disuntik dlm sanubari utk menuangkan sesuatu atau segala yg berlaku(tp bkn semua pun) di dalam dunia blogosfera nie.

Sepanjang coretan dan mengalirnya tulisan dr realiti ke dunia blogosfera ini,aku akn membahasakan diri dlm berbagai-bagai ganti nama,bertukar2 tukar ganti diri bergantung kpd apa yg ingin dibincangkan nanti,..disebabkan insan2 yg aku hadapi mempunyai berbagai2 latar belakang dan gaya hidupnya,dan aku pula suka utk mengalaminya bersama2,lantas cuba mengikut rentak jalanan itu tanpa merenyukkan kertas prinsip hidup syar'ie yg tlh kuambil sbg pedoman dan bekalan dlm merentasi arus hidup yg deras melangkah seantero dunia yg fana ini.

Mengecat kata2 dgn pelbagai ton warna gaya bahasa memang jadi kegemaran aku.Mencorak-senikan penulisan utk menyerikan jiwa yg kdg2 kedam dgn bahasa formal.Era protokal ketat sudah berakhir tiba.

Aku akn garap dgn laras2 bhs yg kini muncul melimpah-limpah lagaknya air yg melebihi had mulut bekas.Dari yg biasa2 hinggalah kpd bhs yg memuncak sayup membelah awan . Maksudnya,semua jenis bahasa,linguistik,loghat dan dialek akn cuba diserap dan diselit mengikut kesesuaian topik dan sekadar2 yg mampu dihadam oleh pembaca.Fakta  yg dikacukkan dengan santai hendaknya.

*sebenarnya intro nie pun dah tahu bagaimana bentuk persembahan yg ingin digayakan tau(mungkin la).

etimologi = cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata.



Okay,dh bnyk melalut plak.Ehem2..(batuk2 kecil),actually dunia blogosfera nie diwujudkan semata-mata utk aku menukilkan seuntai memori dan kenangan yg pernah kulalui;ibarat spt diari hidup yg brlaku sepanjang hidup la (mcm lagu Maher Zain plak - Sepanjang Hidup).So that every kind of story of life will be in this blogosphere world.

Apa yg penting? Kerjasama. Haha betul,tp bkn itu maksudnya.Apa yg patut diambil kira di sebalik catatan memori ini ialah sebarang pengajaran dan iktibar yg dpt dikutip utk diperbaiki dan di'improve' dlm kehidupan dr semasa ke semasa.

Bak kata2 Dr. HM Tuah,seorang pakar motivasi,"berteraskan teladan dan pengalaman,bukan rekaan dan perasaan".Tapi aku mahu ceraikan isi kata2 ini dgn mendahulukan pengajaran berguna yg dpt diperoleh utk masa depan yg lebih power.

Paling mengujakan, ialah pengalaman aku sepanjang 2 tahun memegang title asasi dlm dimensi yg berlainan spt yg aku akn ceritakn dlm entri2. Sgt bermakna,dan sgt memberi guna dlm hidup aku,lebih2 lg spt yg aku impikan aku dpt smpai jua. Alhamdulillah..

Bentuk penceritaan yg aku garapkan dlm keadaan 'back to the past',means that dr asasi sehingga waktu persekolahan,hinggalah wktu zaman riang-ria si kecil' :D mudah2an memori yg trlakar ini dpt terus kekal dlm dunia blogosfera aku nie, umpama kata pepatah Arab: Apa yg diingat akan lupa,apa yg ditulis(pula) akan kekal.

Tak lupa juga,utk aku mengucapkn ribuan terima kasih buat insan brnama Syuaib Supani a.k.a junior aku dlm course yg sama di Universiti Malaya. Tak lokek utk berkongsi pengetahuan dan introduce aku mengenali dunia blogosfera ini..huhu. Jazakallahu khairan kathira. Pun begitu,aku masih lg ingin 'berguru' dgnnya brkenaan dgn 'dunia' jika ad peluang.. Subhanallah.. aku dicurahkan rasa minta yg sama dgnnya,walaupun aku bknlah pakar mengenainya.

Ooppss..trlpe stu perkara. Dlm dunia blogosfere aku nie,aku akn menulis dgn begitu santainya,mgkin sehingga org yg mengenaliku spt x percaya kut. But then,nilah dunia aku utk aku simpankan memori hidup,semoga aku dpt mengilas kembali masa lalu walaupun cuma utk seketika,di sini.

Mungkin juga,org yg kukenali ini akn rasa hairan dan pelik, selama gaya bentuk dan bahasa tulisan aku di sini yg mana x sama dgn keadaan diriku di alam realiti.Namun begitulah,i'm juz be like one in trillion person.Hoho juz kiddin' ya..

Sebelum mngundurkan diri,dgn rendah hati aku memohon sbrg komen positif dan negatif(kritikan membina) trhdp sbrg apa jua yg ad dan yg berkaitan sama ad entri atau seumpamanya dlm dunia blogosfera aku nie,krn 'org beriman itu cermin kpd saudaranya'

Wallahu'alam. SELAMAT MENEMPUH PERJALANAN HIDUP KALIAN..LILLAHI TA'ALA..

=)


READ MORE..
Lebih banyak lagi kenangan pada masa akan datang =)

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment