.: Musafir 'Honda Wave' Menuju Kelantan :. ~ .: cATataN MemOri :.

Wednesday, June 20, 2012

.: Musafir 'Honda Wave' Menuju Kelantan :.


15 – 17 Mei 2012

Ooyeah!! Saat yg aku nanti2kn selama nie akhirnya mnjadi kenyataan. Antara perancangan yg disusun stlh mghabisi zaman asasi di varsiti. Menuju ke Kelantan brsme shbt rapatku,Mustakim utk aku menziarahi sgala2 yg berkaitan dlm hidupku. Eh apemende tu? Mksudnya peluang yg ada nie aku dpt ambik,,utk bertemu dgn shbt2ku yg menetap di Kelantan,jgak berpeluang menjenguk bumi Nilam Puri,iaitu APIUM. Tak kurg jgak bg Mustakim utk bertemu dgn shbt sekampusnya yg menetap di sne dan berpeluang utk menziarahi jiran lamanya. Plan kami utk ke sne adlh dgn menaiki motosikal. Ye,bermotosikal! Aku dan Mustakim sme2 bermotosikal menuju ke Kelantan. Aku meminjam sebentar motosikal 'Honda Wave' dr shbt baikku Muqri (Yob) krn sepatutnya dye turut skali dgn kami,tp Yob akn pergi sndiri ke Kelantan malamnya dgn menaiki bas dr UiTM Dungun disebbkn terpaksa mgambil short-course di sana. Perjalanan bermotosikal ini cuma skdr mengambil masa lbih kurg 3 jam shj. Suatu pengalamn menarik dan sgt gembira dpt menziarahi brsme dgn shbt2 rapatku sewaktu zaman persekolahan lg. Terharu jua krn sudi memenuhi undanganku utk sme2 ke sne. Bismillahirrahmanirrahim..

Dan secara ringkasnya,,nilah dye,,catatan spjg musafir di negeri Cik Siti Wan Kembang utk kali nie =)

1- Menziarahi nenek kesayanganku sebelah ayah di Kg. Padang Pak Amat,Pasir Puteh

Sudah tentu kehadiranku mengejutkannya. Tak pernah nk dtg2 ziarah sendiri2 sblom nie. Selalunya dtg dgn ayahku aje. Tp kali ini dgn seorg kwn. Aku lebih mesra dgn panggilan ‘Mek’. Bnyk jgak prkara yg dpt dikongsikn brsama. Pun begitu,,aku x berlama2 di sana,krn skdr mahu bersingguh sahaja,walaupun diajak oleh Mek utk tinggal bermalam sehari,namun aku menolak dgn cara yg baik. “Insya-Allah Mek,ada rezeki nk dtg lg”. Sekadar mampu mngukir senyum.

2- Menziarahi seorg kenalan seuniversiti dgn Mustakim. Sempat melaksanakan solat Zuhur di Masjid Kg. Melor



Mustakim dan sahabat sekampusnya

3- Menziarahi shbt brnama Zul Fadhli Ismail (Pali) di Kg. Pauh Lima

Pada mulanya aku x sure sgt dgn lokasi ke rumahnya,tp Pali dh maklumkn kpdku sejak awl2 lg. Dan akhirnya aku jumpa jua stlh Pali menjengukkan diri ke jalan raya di hdpn rumahnya. Syukur dpt bersua kembali. Ini kali kedua aku ke rumahnya stlh pertama kali sewaktu menuntut di APIUM Nilam Puri. Agak rancak jgak aku bersembang dgnnya,,sambil sembang2 (kalu dgn Pali len sikit sembangnye),, Pali menjamu aku dan Mustakim dgn murtabak. Mmg seleraku trbuka waktu tu,apatah lg skrg waktu tgh hari. Kiranya tu mknan tgh hari aku la tu..huhu. Setelah bersalaman dan mengucapkn terima kasih,,aku meneruskan perjalanan menuju ke Kota Baharu.

Baiti Jannati :) -pali-


4- Sepanjang perjalanan ke bandar Kota Baharu, bnyk pemandangan yg menarik perhatianku. Sungguh aku merinduinya saat aku pernah berjunjung di bawah ‘langit negerinya’ selama hampir setahun.


Tak pernah lupa nak singgah di sini : Kedai Buku Jafar Rawas
Antara simpang yg paling sibuk di Kota Bharu



5- Singgah di KB Mall, Kota Baharu

Nilah satu2nya sebuah ‘Mall’ yg aku smpai suatu masa dahulu. Bnyk jgak kenangan kt sini. Ehm..nk citer nie mmg pjg jgak la jawabnya..huhu



6- Rumah jiran lama Mustakim, Pengkalan Chepa

Hampir lewat maghrib kami smpai di sini. Menurut Mustakim,sewaktu kecil keluarganya menetap di sana. Skrg rasanya hampir beberapa tahun tdk bersingguh kemari,so dye mahu menziarahi smntara kebetulan berada di Kelantan nie. Jiran lamanya begitu terkejut dgn kehadiran Mustakim yg kini sudah besar pjg pun. Rasa trharu pun ada jgak melihat keadaan sebegini. Mereka mempelawa utk bermalam di sana shj,tp aku mengingatkan Mustakim bhw sudah berjanji utk menumpang bermalam di rumah sahabatku Zuhair shj. Mahu tak mahu terpaksalah jua kami meminta diri utk pulang malam tu juga. Sekadar smpat utk menikmati mkn mlm dan bersoalt jama’ shj di sana.



Surau berdekatan dgn taman perumahan di Pengkalan Chepa


7- Bermalam di rumah Zuhair di Kubang Kerian, Kota Bharu

Pada waktu malam sekitar pukul 9.30 lebih,kami bermotosikal menuju ke Masjid Kubang Kerian,krn mdpt pesanan dr Zuhair utk menunggu di sana sebelum dijemput. Lalu,aku turut memberitahu Yob utk jua ke sana,supaya dpt bertemu utk bermalam brsama2. Setelah smpai,aku seakan2 x mengecam akn susuk tubuh Yob yg sedang rancak bersembang dgn rakan sepengajiannya di sebuah kerusi batu. Serentak itu juga,Zuhair dtg bersama kereta Proton Wira  brsme seorg adiknya. Aku bersalaman dgn Yob dan Zuhair dan kami semua pun saling bersalam-salaman dan berkenal-kenalan. Yob dan 2 org rakanya dr UiTM Machang yg kedua2nya berasal dr Kelantan,jadi Zuhair pun senang dpt bersembang2 dgn mereka. Kami terhibur seketika dgn pertemuan singkat itu. Setelah mengucapkan terima kasih kp 2 rakannya itu,Yob pun menuruti Zuhair bersama2 aku dan mustakim,menuju ke rumah Zuhair yg x jauh dr masjid tersebut.

Setelah meletakkan brg2 di sudut ruang tamu (permintaan dariku sendiri), kami bercadang utk menikmati mkn malam bersama di slh sebuah restoran. Sepanjang perjalan pergi dan pualng itulah,kami sama2 brkenalan dgn lebih rapat dan bersembang seakan2 semuanya spt kenalan lama shj. Dari sebelum tidur,sehinggalah pagi esok pun,kami berkongsi cerita2,masalah2,isu2 dan bnyk lagi. Sempat jgak aku meminta penjelasan ttg apa yg berlaku dlm pimpinan JKP Asasi dgn pentadbiran PASUM dr Zuhair,dn skrg bru aku tahu apa puncanya. Setelah hampir pukul 10pg,aku meminta izin utk menuju ke APIUM Nilam Puri. Aku mengajak Zuhair utk turut brsama,tp Zuhair mempunyai urusan utk diselesaikan. Jadi,Cuma tinggal kami bertuga; aku,Mustakim dan Yob. Kami mengucapkan berbnyk2 terima kasih kpd Zuhair sambil bersalam-salaman, dan sebelum bertolak pergi,sempat utk aku bergambar sbg kenang-kenangan (ceh,,mcm dr perantauan lak..kui3~)


Mustakim, Zuhair & Yob =)

Frendz 4eva =))

8-Berjumpa dgn Ustaz Akhbar di APIUM Nilam Puri

Sudah aku maklumkan kpd Ustaz lebih awal utk bertemu dgnnya di Nilam Puri stlh lme jgak x bersua. Sudah tntu aku x sabar2 nk bertemu dgn ustaz yg bnyk aku terima ilmu dan nasihat drpdnya,jga bnyk kenagan bersama dgn ustaz nie. Setelah smpai di kwsn Nilam Puri,aku dpt merasakan satu keterharuan dan kepuasan krn dpt juga smpai di sana dgn usahaku sndiri,lebih2 lg bersama shbt2 sepersekolahanku yg sudi menemaniku dan aku rasaberbesar hati utk mengenalkan mereka kpd bumi Nilam Puri nie. Setelah bersarapan di Kedai Makan Azukie yg x jauh dr APIUM,aku menuju ke Musolla Al-Qosri utk menunaikan dhuha,sementara menunggu ketibaan Ustaz Akhbar. Sebaik shj selesai,aku melihat kelibat Ustaz di luar musolla,yg bru smpai di pintu musolla juga.Entah mcm mana ustaz tahu aku berada di sini aku pun xpasti. Lalu aku segera bersalaman dgnnya dgn penuh rasa hormat dan rindu,,diikuti oleh 2 shbtku itu. Setelah mengmbil tempat di sebuah kerusi bangku brdekatn dgn musolla,spt biasa pasti ustaz dan aku bersembang dan berkongsi cerita,di samping berkenal-kenalan dgn 2 org shbtku itu. Ustaz mnjelaskn bhw ramai jgak rakannnya yg ada di Unisza dan UiTM Machang,sptmana yg dikenali oleh Mustakim dan Yob itu sndiri. Setelah memasuki waktu Zuhur kami bersiap2 utk bersolat di masjid Kg. Laut,cuma ustaz Akhbar mempunyai urusan di pejabat sebentar,jadi kami bertiga shj yg ke sana. Sengaja memilih ke sana utk membiarkan Mustakim dan Yob merasai sndiri suasana masjid yg tertua di Asia Tenggara nie


Lebih dr 1001 memori bermakna di sini ^.^


7- Lanjutan utk bermalam semalaman di APIUM Nilam Puri

Sepatutnya aku sudah pulang ke Terengganu,tp disebabkan bbrapa faktor aku mahu bermalam jua utk semalaman di Nilam Puri nie. Selepas menikmati mkn tghari di sebuah kedai mkn yg berhadapan dgn APIUM,Yob menunggu rakannya utk menjemputnya kembali ke UiTM Machang,katanya ad program sblom kemasukan smester baru nanti. Manakala Mustakim membawa motosikal sendirian tnpa ditemaniku pulang ke Terengganu. Setelah kami semua saling bersalaman dan mengucapkan terima kasih,kami pun berpisah menuju ke destinasi masing2.

Tak terfikir plak ttg Fitri dan Redha rakan yg satu kursus dgnku (APIDS) yg kbetulan berada di APIUM sana yg perlu repeat sbjek Kemahiran Quran ats sbb2 trtentu. Menginap sebentar di bhgian paling bwh dan bilik trhujung,aku mndpati Pojie turut sme berada di sana apabila aku mengunjunginya. Sambil brhadapn dgn laptop (online brgkali),aku bersembang dgnnya disertai dgn Fitri dan Redha yg terbaring di katil masing2;ttg kos,cuti,dll. Pojie memberitahuku bhw sblom nie pernah dtg skali ke sini. Taqiyyuddin pun ada jgak. Tp pd waktu ptgnya Pojie terpaksa utk pulang ke rumahnya kmbali di Besut krn ada urusan. Jadi aku menawarkan diri utk menemani semalaman bersama Fitri dan Redha.

Lewat ptg aku bersama Fitri dan Redha keluar sebentar utk makan malam. Aku tak menolak,lagipun dh lme jgak aku tak ‘menjenguk’ kdai2 mkn sekitar Nilam Puri nie. Boleh jgak nk temankan diorg skali semenjak aku nie jarang2 brsama2 dgn diorg.

Fitri & Redha

Pada malamnya,aku mnemui kmbali Ustaz Akhbar yg katanya mahu bermalam sementara di biliknya yg merupakan bilik penyelia yg disediakan oleh pihak kolej utknya,maka aku x keberatan utk menemaninya krn melihatkan kesiahatan ustaz yg x berapa baik pd waktu itu. Bnyk aku dgr cerita2 dr ustaz. Katanya sebaik shj pulang dr Kuala Lumpur,kesihatannya agak terjejas dan kbtulan pd mlm tu diadakan satu mesyuarat di bilik JTK brkenaan dgn perjalanan MHS yg akn diadakan pd hujung bulan nie. Sempat aku meneliti minit mesyuarat. Ahli2 mesyuarat pula lgsung x asing bg aku,iaitu Ustaz Hazrul,Ustaz Syed,Ustaz Zamri dan Ustazah Wan. Sambil mesyuarat,aku lagaknya spt ‘pembantu rumah’ menolong mengemaskn bilik ustaz stakat mana yg mampu,terutama membasuh pinggan-mangkuk krn menurut ustaz x ‘trbasuh’ semenjak ramai anak2 muridnya ‘menginap’ sementara di biliknya sambil menikmati mkanan lalu ‘trlupa’ utk ‘clean up the mess’ org kampung ckp. So,tak kisahlah,malah rasa gembira plak yg wujud sbb dpt berbakti kpd ustaz sendiri smentara bersingguh di Nilam Puri nie. Sementara ad masa mlm tu,aku berulang-alik dr bilik Fitri dan Redha utk menemani sebentr diorg. Aku sengaja ‘menyerahkan’ laptop kpd mereka krn menyedari akn ‘kesunyian’ yg melanda trhdp diorg. Takpelah,,cuma utk seharian je,ptg esk aku dh nk pulang pun. Lewat malam barulah ustaz selesai dan aku melelapkan mata di ruang tamu biliknya.

Pada pg esoknya,aku bersarapan bersama2 dgn ustaz. Kemudian ustaz meminta diri utk bertemu dgn Ustaz Hazrul dan beberapa lg penyelia kolej yg lain(Ustaz Syed & Ustazah Wan shj yg ada) utk sesi gotong-royong bersama pekerja2 yg lain. Pastinya aku teringin utk bertemu,tp rasa agak segan2 plak nk ‘menyibukkan diri’. Lgpun aku sorg2 plak,yg dtg sendiri kt Nilam Puri nie,sudah tntu rasa segan. Tp ustaz mengesyorkan supaya pergi aje jumpa. Katanya Ustaz Hazrul suka anak2 muridnya menyapa dan menegurnya, x spt diri ustaz yg agak ‘serabut’ bila brtemu dgn anak2 muridnya krn pasti bnyk soalan2 yg dilontarkan terutamanya soalan ‘emas’ memandangkan ustaz masih lg bujang (hehe faham kan?). Aku dgn rasa agak berdebar2 menuju ke sebuah kerusi bangku di mana kelihatan para asatizah berada di situ,skali dgn Ustaz Akhbar dan bbrapa pekerja. Melihat kelibat diriku,ustaz segera mempelawaku utk bersarapan sejenak dgn kuih2 muih dan air the yg terhidang di ats meja batu itu. Tp aku surely rase segan. Selepas bersalaman, dgn tiba2 Ustaz Hazrul berkata(lebih kurang skdr yg aku ingat):

استريح هنا” Ustaz menyuakan tempat duduk kpdku.

Angguk

Ah sudah! Kalu nk berbahasa Arab nie mana la aku nk ingt bnyk2. Terimbas segala apa yg tlh aku pelajari bersama Ustaz Hazrul selaku guru Bahasa Arab spjg aku menuntut di Nilam Puri nie.

؟ هل أنت جوعان أو شبعان
شبعان يا أستاذ, شبعان

Ikutkan nk balas ‘Sebenarnya td dh pergi sarapan dgn Ustaz Akhbar’ tp disebabkan aku ditanya secara ‘on the spot’ dlm bhs Arab, dan aku xtw macam mana nk terjemahkan dgn cara yg cepat(situasi yg selalu brlaku kpd org yg belajar bahasa asing), maka aku skdr menganggukkan kpala beberapa kali smbil tersenyum.
Apabila Ustaz Hazrul mengalihkan topik berbual dan berbincang dgn asatizah yg lain barulah aku berasa lega sedikit..huhu. Yelah2,sememangnya kena rajin2 belajar bhs Arab kok gitu sih? Bkn skdr fasih bljar  bila nk jwb exam je kan?

Para asatizah yg disayangi semua =)

Kira2 pukul 3.00 ptg,aku meminta diri kpd Ustaz Akhbar utk pulang ke Terengganu. Sambil memberikan sedikit wang saku, ustaz menasihatiku agar berhati2 di jalan raya. Sempat jgak aku brtemu kmbali dgn Fitri & Redha,dgn bersalaman sambil berpesan agar2 belajar rajin2 di sini. Semoga dpt bertemu lagi insya-Allah.


Sudah tentu pengalaman sebegini amat manis dlm ingatan. Dari awal sampai mula aku dpt merasai dan memperoleh sptmana yg aku inginkan. Segala kenangan selama setahun di bumi Kelantan suatu masa dulu cukup2 menggamit perasaan di hati. Alhamdulillah,,syukur kpdMu ya Allah krn mengizinkan diri utk menziarahi Kelantan kali ini. Ada rezeki insya Allah dpt berkunjung ke mari lagi. 


~TAMAT~

Lebih banyak lagi kenangan pada masa akan datang =)

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment